6.0 ANALISIS STRATEGI SYARIKAT
6.1 Menilai Strategi Semasa Yang Dilaksanakan Oleh Syarikat
Syarikat KSB Travel And Tours Sdn Bhd menggunakan pelbagai strategi dalam usaha untuk mempelbagaikan produk mereka antara strategi yang digunakn ialah strategi pengiklanan produknya melalui flyers dan brochures. Melalui flyers, pihak pengurusan syarikat sering menawarkan harga produk yang murah daripada harga biasa yang terdapat dalam pasaran mengikut pakej yang disediakan dalam tempoh yang tertentu. Kebiasannya, pengiklanan flyer bersifat sementara iaitu dijalankan dalam dua minggu atau kurang. Dengan cara ini, ia dapat memberi sambutan terhadap produk dan menarik minat pelanggan untuk menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat.
Penggunaan pengiklanan brochure adalah media promosi yang paling banyak digunakan dalam perniagaaan. Pihak pengurusan memastikan media promosi ini dapat memberi kesan yang efektif dalam mempengaruhi pelanggan untuk membeli produknya. Melalui brochures, pihak pengurusan turut meletakkan gambar-gambar, senarai harga setiap produk serta terdapat juga peta lokasi syarikat tersebut. Peta lokasi syarikat ini disediakan kepada pelanggan yang tidak pernah datang ke kilangnya untuk memudahkan pelanggan mencari kilang tersebut. Dengan cara ini, ia dapat menarik lebih ramai pelanggan di kawasannnya melawat sambil melanggan produk mereka. Selain itu, syarikat juga menggunakan laman sesawang bagi memberi maklumat mengenai tentang produk yang disediakan dan kemudahan yang ada dalam memiliki produk tersebut. Ini bertujuan untuk member kemudahan kepada pelanggan mereka untuk membuat tempahan tiket penerbangan,visa,hotel dan servis yang disediakan oleh syarikat.
6.2 Menilai Dan Menganalisis Strategi Yang Sesuai
Setiap syarikat mempunyai strategi pemasaran tersendiri untuk menarik perhatian pelanggan dan mencapai objektif pemasarannya. Strategi pemasaran yang dijalankan dalam Syarikat KSB Travel And Tours Sdn Bhd seperti berikut:
Syarikat KSB Travel And Tours Sdn Bhd menggunakan kaedah flyer dan brochures bagi memperkenalkan perkhidmatan dan produk di sekitar Shah Alam terutamanya. Pengurusan ini menerangkan tentang produk, kualiti penghasilan produk dan harga produk tersebut. Ianya bertujuan untuk memudahkan para pelanggan memahami isi kandungan sebenar syarikat dengan cepat. Pihak pengurusan juga turut mempamerkan peta lokasi Syarikat KSB Travel And Tours Sdn Bhd pada flyers dan brochures untuk menarik dan memudahkan pelanggan datang ke syarikatnya. Pada flyer dan brochures pengurus meletakkan gambar yang menarik dan berkualiti serta senarai harga pada produk yang dijual tersebut. Bagi pelanggan yang ingin membuat tempahan dan turut disediakan dengan bayaran yang berbeza.
Selain itu, Syarikat KSB Travel And Tours Sdn Bhd turut memperkenalkan proposal dan profil syarikat kepada masyarakat dan kementerian pelancongan supaya syarikatnya dikenali dan diterima oleh semua pihak. Ianya menerangkan tentang proposalnya yang telah mengikuti segala langkah-langkah pembinaan syarikat industri yang betul dan sah di sisi undang-undang. Syarikatnya juga memperkenalkan produknya yang betul-betul berkualiti dan selamt digunakan untuk pelanggan. Syarikat juga turut memperkenalkan ahli-ahli lembaga yang mempunyai pencapaian yang tinggi dalam pengurusan perindustrian. Dengan itu, syarikat mempunyai peluang untuk terus bersaing dalam pasaran.
6.3 Mengenal Pasti Strategi Yang Paling Berkesan
Strategi yang paling berkesan yang digunakan oleh syarikat-syarikat dalam pengeluaran produk ialah strategi mempromosikan produk mereka melalui media massa, media elektronik, intenet dan juga promosi langsung.
Syarikat KSB Travel And Tours Sdn Bhd juga harus menggunakan kaedah yang sama dengan syarikat lain kerana melalui kaedah ini ia lebih berkesan, cepat dan dapat menjangkau sasaran pasaran yang lebih meluas. Akan tetapi, kaedah ini akan melibatkan kos yang tinggi dalam mempromosikan produk syarikat mereka. Ekoran itu, syarikat akan memperoleh hasil yang lebih tinggi kerana penerimaan pelanggan adalah lebih cepat dan tepat berbanding mempromosi melalui media massa. Maka, tidak hairanlah sekiranya produk selalu diiklankan menerusi televisyen adalah lebih mahal harganya.
Pihak pengurusan perlulah mengenal pasti tahap kekualitian produk dapat memberi jaminan yang baik kepada pelanggan. Hal ini kerana ia dapat memberi keyakinan dan kepuasan kepada para pelanggan terhadap produk dan perkhidmatan yang dihasilkan oleh syarikat. Berdasarkan dengan itu, penglibatan pekerja yang mahir dapat diterapkan dalam proses penghasilan produk dan perkhidmatan syarikat.
No comments:
Post a Comment