INFO SYARIKAT

          2.1  Latar Belakang Syarikat KSB Travel And Tours Sdn Bhd
Sektor pelancongan merupakan sumber ekonomi negara yang amat penting. Dengan keunikan budaya, sejarah dan alam semulajadinya, secara tak langsung menjadi daya penarik kepada pelancong-pelancong dalam dan luar negara datang melancong ke Malaysia.Terdapat lebih kurang 3550 agen yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan diseluruh Negara sehingga tahun 2014.

Penubuhan.
     Kepelbagaian produk dan sambutan mengalakkan yang diberikan oleh pelancong-pelancong telah menarik minat “KSB Travel and Tours Sdn. Bhd.” untuk menceburi dan memajukan sektor pelancongan. KSB ditubuhkan pada tahun 1992 dan didaftarkan pada 8 Disember 1992 dibawah akta Syarikat 1965. Pada awalnya KSB ditubuhkan dari hasil mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Konsortium Sepang Berhad ,penubuhan KSB adalah untuk member kemudahan kepada Ahli Lembaga Pengarah dan juga pemegang-pemegang saham Konsorium Sepang Berhad. Sewaktu awal penubuhan,KSB mula beroperasi di lembah pantai dengan dengan memfokus kepada hanya satu produk jualan prestasi terus meningkat sehinggkan dan seterusnya KSB berpindah di Desa Pandan. Pada 1995 KSB telah diberi kepercayaan oleh MAS untuk menjadi salah satu agensi perlancongan yang dilengkapi dengan system percetakan tiket automatic.


Pelanggan
     Terdiri dari agensi-agensi kerajaan,syarikat korporat dan individu. Dan pada 2004 KSB berjaya menempatkan diri di kalangan 100 agensi pelancongan terbaik di Malaysia.Galakkan dan sokongan dari kerajaan pula telah memberikan keyakinan kepada KSB Travel and Tours Sdn. Bhd. untuk mengembangkan lagi sektor ini.. Kami yakin akan dapat memperkenalkan dan memasarkan produk-produk tersebut tak kira untuk pelancong-pelancong luar dan juga dalam negara.
     KSB menawarkan pakej-pakej pelancongan tidak terhad kepada dalam negeri tetapi juga untuk para pelancong yang ingin melancong ke luar Negara. KSB menawarkan pakej-pakej yang sedia ada dan juga mengikut kepada kehendak dan permintaan pelanggan (FIT). KSB akan sedaya-upaya memenuhi permintaan para pelanggan untuk memberi harga yang terbaik mengikut destinasi yang ingin dituju.
     Selain dari itu, KSB  juga memberi tumpuan kepada pakej-pakej umrah dan ziarah bagi umat Islam. Pakej umrah KSB menawarkan penginapan yang selesa dan yang paling utama adalah hotel berdekatan dengan masjid dengan jarak lebih kurang 50 meter. KSB juga mempunyai mutawwif yang akan membimbing para jemaah sepanjang mereka menjalani ibadah umrah. Pakej umrah kami terbahagi kepada semua jenis pendapatan iaitu dari golongan pendapatan rendah sehingga pendapatan tinggi.Disamping itu,KSB  juga menyediakan perkhidmatan penempahan semua produk termasuk penempahan hotel, ground handling dan juga penempahan pengangkutan. KSB akan cuba untuk memberikan harga yang terbaik untuk pelanggan mereka dan memberi kepuasan kepada semua pelanggan.



2.2    Lokasi Syarikat

Lokasi Pejabat KSB Travel And Tours terletak berhampiran kawasan yang begitu stratergik dengan ibu kota Kuala Lumpur
Darul KSB, No 15, Jalan 1/76,
Desa Pandan, 55100, Kuala Lumpur
(tel) 03- 9281 7878
(fax)03-9283 0930

Web:  www.ksbtt.com
Facebook:  ksbtt
Email:admin@ksbtt.com



Rajah 3 : Peta Lokasi Syarikat

Kedudukan KSB Travel And Tours yang terletak di pusat komersial memberi serta membuka peluang yang baik kepada mereka untuk terus maju kehadapan setanding agensi-agensi yang lain. Untuk makluman ,KSB Travel And Tours sudah lama bertapak dalam industri berkaitan perkhidmatan perlancongan dan pengembaraan iaitu semenjak 1992.

Bangunan utama pejabat pengurusan Darul KSB

2.3    Perkhidmatan/Produk/Kedua-duanya

·         KSB ticket

Perkhidmatan yang disediakan oleh pihak KSB adalah menyediakan perkhidmatan tempahan tiket penerbangan  kepada para pelanggan mereka secara atas talian atau e-ticketing. Kakitangan KSB terutamanya yang  terlatih serta berkemahiran dalam membantu pelanggan untuk sebarang tempahan tiket dalam ataupun luar Negara. Dalam pada itu pihak KSB sentiasa peka dengan meletakkan keselesaan pelanggan mereka sebagai keutamaan setanding dengan nilai yang berpatutan dibayar oleh pelanggan mereka. Hubungan kerjasama yang baik antara syarikat penerbangan terkemuka dunia antaranya sepeti           ETIHAD AIRWAYS,EMIRATES,MALAYSIA AIRLINES,UZBEKISTANAIRWAYS termasuklah syarikat penerbangan tambang murah seperti Air Asia dan sebagainya membuktikan bahawa KSB diberi kepercayaan oleh syarikat penerbangan untuk menjadi agen tiket penerbangan sehinggakan KSB diiktiraf dan disenaraikan antara 50 agen pelancongan terbaik dalam Negara dan industry pelancongan khasnya.

·         KSB Tour

Selain itu kepakaran KSB dalam menyediakan perkhidmatan  pelancongan dalam dan luar Negara membuktikan bahawa pelanggan KSB terdiri dari pelbagai lapisan latarbelakang mempercayai perkhidmatan KSB adalah berkualiti dan memuaskan. KSB menyediakan berbagai-bagai pakej yang menarik pada waktu-waktu tertentu,serta menawarkan potongan harga yang amat menarik. Kebanyakkan tempat-tempat pelancongan yang ditawarkan setanding dengan perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat perlancongan yang lain. Bagi pelancong yang beragama islam memberi banyak kelebihan kepada mereka,kerana KSB lebih mengutamakan perkhidmatan yang lebih berunsurkan Islamik dengan masalah makanan halal tidak menjadi masalah kepada kepada mereka,selain menyediakan tempat pelancongan yang sesuai serta lokasi yang menarik.

·         KSB Umrah dan haji

Perkhidmatan umrah  dan haji antara perniagaan yang menjadi teras utama kepada syarikat, pelanggan utama KSB yang terdiri pelbagai peringkat umur dan  menjadikan KSB sebagai pilihan utama mereka. Bagi KSB,mereka tidak berkompromi mengenai mutu perkhidmatan mereka,bahkan mereka berusaha memberi kepuasan sebagai mungkin terhadap pelanggan mereka diatas nilai yang mereka bayar. Perkhidmatan Umrah menjadi keutamaan kepada KSB,agar nilai kepercayaan yang diberi oleh pelanggan tidak ragui dengan pelbagai masalah sehinggakan ia menjejaskan nama baik syarikat. Bagi umrah,KSB menyediakan pelbagai kemudahan kepada pelanggan mereka sebagai contoh,dari segi penyediaan visa,tiket penerbangan, pengangkutan,khidmat muttawif yang berpengalaman ,penginapan yang selesa dan mewah selain  berhampiran dengan masjidiharram. Dan dari rata-rata pelanggan yang terdahulu,memberi banyak gambaran bahawa perkhidmatan yang disediakan oleh KSB amat lah berkualiti serta berpatutan dengan nilai yang dibayar.

·         KSB Transport

Perkhidmatan penyediaan perkhidmatan pengangkutan untuk pelancong juga disediakan oleh pihak KSB sama ada dalam atau diluar Negara. Sewaan contohnya van pelancong untuk ke Thailand boleh di buat KSB berdasarkan pakej yang disediakan. KSB lebih mengutamakan kualiti perkhidmatan berbanding meletakan keuntungan sebagai keutamaan. Bagi diluar Negara KSB mempunyai agen yang dilantik bagi membantu menyediakan perkhidmatan kepada pelancong tanpa sebarang kesulitan.

No comments:

Post a Comment