8.1 Pelaksanaan Strategi
i. Strategi Pengurusan Kualiti Produk
Strategi yang dipilih untuk meningkatkan kemajuan syarikat adalah melalui strategi pengurusan kualiti. Strategi ini adalah satu langkah yang perlu dilakukan untuk penambahbaikan pengurusan kualiti dan mutu produk. Kekualitian produk amat dititikberatkan oleh syarikat kerana ia dapat menjaga tahap kualiti produk yang akan dipasarkan dan diedarkan kepada pelanggan dengan lebih baik.
Bagi meningkatkan kualiti dan mutu produk, keupayaan modal insan amat diperlukan. Hal ini kerana dengan pemberian latihan dan pendidikan mengenai perindustrian secara tidak langsung, kualiti produk syarikat dapat ditingkatkan yang boleh menyumbang kepada keuntungan syarikat. Di samping itu juga dengan menyediakan latihan dan pendidikan kepada pekerja boleh membantu syarikat untuk lebih menghasilkan produk yang kreatif dan inovatif.
Syarikat KSB Travel And Tours Sdn Bhd menggunakan strategi ini untuk mencapai tahap Key Performance Indicators (KPI) melalui penilaian ke atas pekerja yang menghasilkan kemutuan produk sekaligus dapat meningkatkan dan mengekalkan kualiti produk secara berterusan.
8.2 Aliran Atau Langkah-Langkah Pelaksanaan
Bagi melaksanakan cadangan-cadangan yang akan dilakukan, pihak pengurusan syarikat perlu menganalisis persekitaran dalaman dan luaran syarikat tersebut. Daripada analisis tersebut, syarikat akan dapat mengenalpasti kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman yang mungkin berlaku dalam syarikat.
Langkah-langkah yang perlu dilaksanakan untuk meningkatkan tahap kualiti dan mutu produk ialah syarikat menjalankan latihan dan pendidikan kepada para pekerja bukan sahaja kepada pekerja di bahagian pengeluaran malahan juga latihan dan pendidikan perlu juga diberikan kepada pihak pengurusan dalaman syarikat.
Melalui modal insan ini, syarikat dapat memeberi lebih penekanan atau memberi pendekatan dari sudut kemahiran dan pengetahuan perkerja terhadap industri pembuatan. Syarikat ini mengamalkan prinsip 5S yang meliputi sapu, sisih, susun, seragam dan sentiasa amal untuk memastikan proses pembuatan produk berjalan dengan lancar dan dapat memberi keselesaan kepada para pekerja yang berada di tempat yang lebih ergonomik.
8.3 Rasional Dan Penambahbaikkan
Setelah analisis strategik, cadangan diambilkira, keputusan dibuat dan pelaksanaan telah dilakukan maka perubahan yang dikehendaki perlu dicapai seiring dengan objektif program dan matlamat organisasi. Di samping itu, ia dapat meningkatkan lagi penjualan produk-produk kerana pelanggan mengetahui kewujudan syarikat dan produk-produknya.
Dalam aktiviti memasarkan produk, peniaga membuat keputusan dan menggunakan pelbagai kaedah untuk mendapatkan respon positif daripada pelanggan sasaran. Syarikat KSB Travel And Tours Sdn Bhd telah mengklasifikasikan analisis yang digunakan kepada empat kumpulan utama iaitu produk, harga, lokasi dan promosi.
i. Produk
Era pemasaran yang banyak persaingan pada masa ini, keupayaan mengemukakan produk yang lebih kompetitif sangat penting sebagai strategi pemasaran. Melalui penggunaan teknologi dan kepakaran yang tinggi, pengeluar boleh menghasilkan produk yang berkualiti. Namun begitu, untuk lebih kompetitif dalam persaingan, memerlukan pelbagai inisiatif tambahan oleh peniaga. Syarikat KSB Travel And Tours Sdn Bhd perlu mengemukakan produk yang kualitinya tinggi berbanding dengan pesaingnya. Isu terpenting mengenai produk ialah perlu menetapkan keperluan, kemahuan dan harapan pelanggan. Faktor-faktor lain selain kualiti ialah kepelbagaian untuk pilihan, kesesuaian rekabentuk, kaedah penggunaan serta penampilan produk perlu diambilkira untuk menarik perhatian pelanggan.
Pada peringkat awal, strategi produk menghendaki syarikat atau pengeluar menganalisis persekitaran pasaran seperti permintaan, persaingan dan pertumbuhan serta mengukur keupayaan yang ada. Peniaga juga perlu menjangkakan perubahan dan pelbagai situasi luar kawalan dan menyediakan alternatif lain untuk mengambil tindakan yang sewajarnya. Analisa melalui kaedah PEST dan SWOT juga boleh membantu dalam menyediakan maklumat awalan.
ii. Harga
Umumnya, harga melambangkan kualiti sesuatu produk yang dihasilkan. Namun begitu, dalam realiti pemasaran fakta tersebut tidak semestinya betul untuk dijadikan asas perletakan harga yang strategik. Syarikat KSB Travel And Tours Sdn Bhd meletakkan harga sepadan dengan produk yang diberikan. Permintaan yang tinggi terhadap produk yang ada dalam Syarikat KSB Travel And Tours Sdn Bhd menunjukkan harga yang dikenakan sepadan dengan kualiti produk. Strategi penetapan harga menjadi penting atas kesedaran peniaga bahawa faktor harga berperanan dalam mempengaruhi pelanggan untuk terus kekal.
Syarikat atau pegeluar menganggap harga merupakan kaedah menghasilkan pendapatan dan mencipta keuntungan. Pelanggan pula menganggap harga melibatkan aspek seperti kemampuan membeli, berpatutan dan berfaedah. Syarikat KSB Travel And Tours Sdn Bhd telah mengambil inisiatif lain seperti diskaun untuk mempengaruhi pelanggan untuk mendapatkan produk yang dijual.
iii. Tempat
Strategi lokasi memberi penekanan kepada aspek saluran pengedaran produk yang berfungsi menyampaikan produk kepada pelanggan sasaran. Syarikat KSB Travel And Tours Sdn Bhd perlu mengambil kira kemudahan supaya ramai pelanggan akan datang. Syarikat ini perlu dibuka di tempat yang lebih lapang dan luas untuk memberi keselesaan kepada pelanggan bagi menawarkan perkhidmatan dan produk. Bagaimanapun perkhidmatan dan produk yang ditawarkan kepada pengguna mampu memenuhi keperluan mereka.
iv. Promosi
Terdapat anggapan bahawa produk yang berkualiti akan terjual dengan sendirinya. Namun begitu, strategi promosi, pemasaran untuk memperkenalkan produk dan perkhidmatan perlu mempunyai usaha dengan menggunakan pelbagai kaedah promosi. Promosi perlu dijalankan supaya pelanggan mengetahui perkhidmatan dan produk yang ditawarkan. Tanpa aktiviti promosi serta pemasaran produk yang berkualiti, peniaga mengalami kesukaran untuk menarik pelanggan datang dan menghadapi persaingan semasa dan mendatang.
‘KSB Travel And Tours Sdn Bhd’ perlu membuat pengiklanan melalui media utama. Walaupun tahap keberkesanannya sukar diukur, tetapi yang lebih penting adalah penyebaran maklumat mengenai perkhidmatan dan produk yang meluas. Kaedah promosi lain juga boleh digunakan sama ada serentak atau berasingan yang bersesuaian dengan objektif pemasaran. Selain itu, syarikat juga boleh membuat blog bagi mempromosikan produk mereka. Promosi yang jelas dapat membantu meningkatkan lagi mutu jualan.
9.0 RUJUKAN / BIBLIOGRAFI
9.1 Buku
Jay Heizer & Barry Render. (2011). Operation Management. Tenth edition, United States, Prentice Hall.
Suhaiza Hanim Mohamad Zailani, (2002). Prinsip Pengurusan Operasi. Edisi Kedua, Prentice Hall.
Russell & Taylor. (2011). Operation Management. Seventh Edition, Wileyplus.
9.2 Web Site
http://www.drbhicom.com/CMS/SolutionPages/Core%20Business.aspx?ContentID=a56dfd3e-7f11-4eb1-b2dd-3927ea0bb346 (2012, December )
http://www.tecksee.com.my/tsp-sa/f_main.htm (2012, December )
DRB HICOM. (2011). Annual Report. Shah Alam
Producing High Quality Products (2012 , December ) from http://www.hicomtecksee.com.my/html/products.html
No comments:
Post a Comment