3.0 PRODUKSI SEMASA & KEADAAN PENGURUSAN OPERASI SYARIKAT
3.1 Pengenalan Analisis SWOT
Analisis SWOT digunakan bagi menganalisis INDUSTRI pelancongan Muslim khususnya pakej haji dan umrah dijalankan oleh Syarikat KSB Travel and Tours Sdn. Bhd dan pesaingnya. Analisis SWOT adalah kaedah perancangan strategik yang digunakan untuk menilai kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman dalam suatu perniagaan atau spekulasi industri pembuatan. Keempat-empat faktor inilah yang membentuk akronim SWOT. Proses ini melibatkan penentuan tujuan yang khusus dari spekulasi industri pembuatan atau projek dan mengenalpasti faktor dalaman dan luaran yang menyokong atau sebaliknya dalam usaha mencapai tujuan dan matlamat tersebut.
3.2 Analisis SWOT Syarikat
KEKUATAN (S)
|
KELEMAHAN (W)
|
|
1.
Kawasan untuk proses pengurusan
pengeluaran dan operasi yang terhad.
2.
Kekurangan sumber tenaga mahir
3.
Tidak semua orang yang mampu melanggan pakej yang ditawarkan.
4. Kaedah pemasaran yang lemah |
PELUANG (O)
|
ANCAMAN (T)
|
1.perkembangan
positif dari industri pelancongan
2.
Menjalin hubungan dengan agensi pelancongan dan lain-lain
3.
Potensi terhadap pelanggan yang memiliki wang
4. kemas kini laman web |
1.Pertumbuhan
agensi-agensi pelancongan baru yang pesat
2.Masalah
yang ditimbulkan oleh agensi lain
3.
Masalah yang ditimbulkan oleh agensi lain
4.Masalah
cukai penerbangan ( Air Taxes)
|
4.2.1 KEKUATAN SYARIKAT (STRENGTH)
1. Sumber manusia yang berpengalaman dan mempunyai kepakaran yang tinggi.
Sumber manusia yang bepengalaman dan mempunyai kepakaran yang tinggi dapat membantu syarikat ini meningkatkan produktiviti dalam proses pengeluaran dan operasi bagi menghasilkan produk yang berkualiti mengikut piawaian produk.
2. Mesin yang berteknologi tinggi dan sumber penyelenggaraan yang cekap.
Kelebihan yang ada pada Hicom Teck See adalah penggunaan mesin yang berteknologi tinggi dan sumber penyelenggaraan yang cekap untuk membaiki sebarang kerosakan yang berlaku semasa operasi dapat meningkatkan pengeluaran produk yang berkualiti dan secara tidak langsung dapat menjimatkan kos mengambil tenaga pakar dari luar untuk melakukan penyelenggaraan.
3. Pengurusan inventori yang cekap dan berkesan.
Kecekapan dan keberkesanan dalam pengurusan inventori dapat menjimatkan kos operasi syarikat dan dapat meningkatkan produktiviti syarikat ini dalam bidang operasi dan pengeluaran produk.Di samping dapat menjaga nama baik syarikat di kalangan syarikat-syarikat pembekal yang lain.
4. Kualiti produk yang di hasilkan mendapat kelulusan piawaian antarabangsa ISO/TS16949 Dan EMS ISO 14001:2004
Produk yang di hasilkan oleh syarikat ini telah mendapat kelulusan piawaian antarabangsa. Kekuatan ini dapat memberi peluang kepada syarikat Hicom Teck See untuk memasarkan produknya ke peringkat antarabangsa.
4.2.2 KELEMAHAN SYARIKAT (WEAKNESSES)
1. Kawasan untuk proses pengurusan pengeluaran dan operasi yang terhad.
Kelemahan syarikat ini adalah kawasan untuk proses pengurusan pengeluaran dan operasi yang terhad menyebabkan proses pengurusan pengeluaran menjadi sedikit terganggu dan terjejas kerana pembekal-pembekal perlu mengikut jadual penghantaran sebahagian produk ke syarikat ini untuk mengelakkan kesesakan berlaku.
2. Kekurangan sumber tenaga mahir daripada pekerja tempatan
Kekurangan sumber tenaga mahir daripada pekerja tempatan telah menyebabkan syarikat terpaksa membayar gaji pekerja asing bagi melancarkan proses pengeluaran produk. Hal ini menyebabkan aliran keluar wang negara ke negara luar akan meningkat.
3. Pengurusan logistik yang tidak strategik.
Pengurusan logistik yang tidak strategik memberi kesan secara tidak langsung kepada syarikat kerana pengurusan logistic ini merupakan komponen yang penting dalam melancarkan proses pengeluaran bagi sesuatu produk.Hal ini secara tidak langsung akan mengakibatkan kos operasi bagi sesuatu produk akan meningkat.
4. Kaedah pemasaran yang lemah
Pemasaran yang lemah dan kurang berkesan menyebabkan syarikat Hicom Teck See ini kurang di kenali dalam kalangan syarikat automobil di pasaran antarabangsa.
4.2.3 PELUANG SYARIKAT (OPPORTUNITIES)
1. Rangkaian perkongsian strategik yang utuh antara pengeluar kenderaan ternama dunia.
Perkongsian strategic yang utuh antara pengeluar kenderaan ternama dunia seperti Honda,Toyota,Ford untuk pengeluaran logo memberi peluang kepada syarikat ini untuk menambah perkhidmatan sebagai vendor untuk syarikat kenderaan ternama dunia.
2. Kerajaan memberi bantuan kewangan dalam bajet belanjawan 2013 untuk sektor automotif.
Bantuan kewangan dari kerajaan dalam sector automotif dapat membantu syarikat ini untuk menjalankan lebih banyak R&D untuk meningkatkan prestasi pengeluaran produk.
3. Pengenalan Dasar Automotif Nasional (NAP) yang merupakan teras utama dalam penggubalan hala tuju strategik industri di bawah Pelan Induk Perindustrian .
Penggubalan hala tuju strategik industri akan membantu syarikat ini membuat penambahbaikan terhadap strategi sedia ada memberi peluang kepada syarikat untuk menjadi vendor bagi syarikat automobil yang lain.
4. Kos pengurusan vendor di Malaysia antara terendah berbanding negara ASEAN lain.
Hal ini merupakan peluang yang besar kepada syarikat Hicom Teck See untuk menjadi vendor yang terbesar bagi perusahaan automobil ke pasaran tempatan dan antarabangsa kerana kosnya yang rendah dapat menarik minat pelabur asing melabur dalam negara kita.
4.2.4 ANCAMAN SYARIKAT (THREAT)
4.2.4 ANCAMAN SYARIKAT (THREAT)
Pesaing merupakan ancaman utama dalam menjalankan perniagaan. Hal ini kerana, setiap perniagaan akan berusaha mengadakan promosi untuk menarik orang ramai mengunjungi salun mereka. Walau bagaimanapun, persaingan di dalam perniagaan perlu dijadikan sebagai satu cabaran kepada sesebuah syarikat untuk meningkatkan lagi mutu pengeluaran. Oleh itu, sesebuah Syarikat mestilah menilai kemampuan pesaing utama kerana ia boleh memberi kefahaman yang baik kepada sesebuah syarikat untuk mencari strategi terbaik bagi meningkatkan pengeluaran produk.
1. Kerajaan meningkatkan peruntukan di dalam perkhidmatan awam bagi menggalakkan rakyat menggunakan perkhidmatan awam.
Pembangunan My Rapid Transit (MRT) juga dikenali sebagai Aliran Transit Massa bertujuan untuk membangunkan kemudahan infrastruktur sistem pengangkutan di negara ini supaya kesesakan lalu lintas dapat dikurangkan dan memastikan kemudahan rakyat serta keselesaan pengguna untuk berhubung dari satu tempat ke satu tempat.Jelas di sini,pembangunan ini akan menarik minat rakyat untuk menggunakan perkhidmatan awam berbanding menggunakan kenderaan sendiri. Hal ini akan memberi kesan secara langsung kepada syarikat ini yang menjadi vendor kepada perusahaan automobil.
2. Pinjaman kewangan untuk pembelian kereta telah di perketatkan oleh Bank Negara Malaysia.
Kesukaran untuk membeli kereta di Malaysia akan menyebabkan syarikat ini terjejas kerana ia merupakan salah satu vendor yang terbesar bagi syarikat Proton.Permintaan yang kurang daripada pelanggan akan menjejaskan operasi pengeluaran produk secara berterusan dan akan memberi kesan kerugian kepada syarikat ini.
3. Perlaksanaan AFTA untuk menghapuskan duti eksais di peringkat ASEAN.
Pelaksanaan AFTA di peringkat ASEAN akan memberi ancaman kepada syarikat perusahaan automobile di Malaysia sekaligus akan memberi kesan terhadap vendor yang sedia ada kerana kemasukan lebih banyak kereta dari luar negara akan menjadi pesaing kepada syarikat automobile di negara kita.
4. Kadar faedah pinjaman bagi kereta keluaran nasional lebih tinggi berbanding kereta import.
Ini akan memberi kesan kepada perusahaan automobile di Malaysia dan juga vendor kepada syarikat automobil ini kerana pelanggan lebih tertarik untuk membeli kereta import berbanding kereta keluaran nasional.
4.3 Potensi Masalah Yang Di Hadapi Oleh Syarikat
Masalah yang dihadapi oleh syarikat adalah untuk meningkatkan produktiviti bagi proses pengeluaran sesuatu produk yang di keluarkan. Beberapa punca masalah telah dikenalpasti antaranya disebabkan tenaga buruh, kekurangan tenaga pekerja dari kalangan rakyat tempatan disebabkan tidak setia dalam tempoh yang lama telah memberi kesan terhadap perkhidmatan dan prestasi syarikat untuk terus berkembang, Selain itu, kadar lantik henti yang tidak menentu juga turut menganggu proses pengeluaran kerana tenaga buruh yang berhenti terpaksa diganti dengan tenaga buruh yang baru yang masih belum mahir secara tidak langsung akan menjejas kos dan target yang ingin dicapaoi dalam syarikat bagi suatu tempoh tertentu.. Kekangan bahasa yang berlainan juga turut menjadi penghalang kepada pengurusan dan pekerja dalam proses pentadbiran.
4.4 Mengenal pasti Masalah yang Dihadapi Syarikat
Masalah yang sering di hadapi oleh syarikat Hicom Teck See Manufacturing (M) Sdn Bhd adalah mengikut unit-unit tertentu yang terdapat dalam syarikat ini.Setiap unit mempunyai masalah-masalah yang tertentu dan bergantung kepada beberapa perkara.Salah satu masalah yang di hadapi adalah mengenai unit pengurusan kualiti dalam syarikat tersebut adalah mengenai isu kualiti.Isu kualiti yang berlaku adalah di sebabkan beberapa factor yang secara tidak langsung boleh menjejaskan proses operasi dan pengeluaran sesuatu produk keluaran syarikat ini.
Pihak yang bertanggungjawab telah menjalankan kajian bagi mengenalpasti punca masalah yang dihadapi syarikat iaitu disebabkan oleh mesin, persekitaran, pembekal, tenaga buruh dan pengurusan. Contohnya, salah satu masalah yang dihadapi adalah dengan pembekal yang baru di lantik bagi membekalkan bahan yang berkualiti untuk proses pengeluaran produk syarikat ini. Masalah-masalah ini perlu ditangani bagi meningkatkan semula produktiviti dari semua sudut termasuklah meningkatkan semula kualti kerja bagi keseluruhan pekerja syarikat Hicom Teck See Manufacturing (M) Sdn Bhd.
Di Malaysia,kualiti kereta keluaran nasional di anggap kurang berkualiti dan juga mempunyai potensi yang rendah untuk berkembang ke pasaran luar negara.Ini secara tidak langsung akan menjejaskan reputasi vendor yang menjadi sebahagian besar bahagian dalam proses operasi dan pengeluaran bagi syarikat automobil yang mengeluarkan kenderaan nasional.Bagi mengatasi masalah ini,syarikat ini perlu sentiasa menjaga kualiti produk yang dihasilkan kerana sekiranya produk yang di hasilkan tidak menepati piawaian yang ditetapkan,hal ini akan menjejaskan kos operasi sesuatu produk dan nama baik vendor tersebut .
Wow i can say that this is another great article as expected of this blog.Bookmarked this site.. Find the best holiday packages for the Leh ladakh trip
ReplyDelete